Tottenham Hanya Mampu Seri, Leicester City Di Ambang Juara

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 7:08 AM

Pemain pertahanan West Bromwich Albion, Craig Dawson (dua, kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan apabila berjaya menyumbangkan gol buat kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane, London,awal pagi Selasa. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

HASRAT Tottenham Hotspur untuk memungut mata penuh dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di kandang sendiri awal pagi Isnin gagal apabila kemaraannya disekat oleh West Bromwich Albion.

Tottenham yang berusaha mengejar Leicester City di puncak liga harus akur dengan tambahan satu mata apabila mencatatkan keputusan seri 1-1.

Bagaimanapun, Tottenham kekal di posisi dua dengan 69 mata, tujuh mata ketinggalan di belakang Leicester City.

Keputusan ini menyaksikan peluang Tottenham untuk memberi saingan bagi meraih gelaran juara semakin sukar dengan berbaki tiga perlawanan sahaja lagi.

Bagi Leicester, jika kelab ini menang ke atas Manchester United di Old Trafford dalam perlawanan akan datang, ia bermakna mereka sudah memastikan gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam perlawanan ini, Tottenham mendapat mata menerusi gol sendiri yang disumbat masuk oleh Craig Dawson pada minit ke-33.

West Brom bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Dawson yang mahu menebus kesalahannya pada separuh masa pertama dengan meledakkan gol pada minit ke-73.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan