Liga Juara-Juara: Bayern Ingin Dedikasi Gelaran Juara Buat Guardiola - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara: Bayern Ingin Dedikasi Gelaran Juara Buat Guardiola

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 8:16 AM

Josep Guardiola

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski berhasrat mendedikasikan gelaran Liga Juara-Juara kepada jurulatih kelab itu Josep Guardiola.

Guardiola akan meninggalkan Allianz Arena untuk bersama dengan Manchester City musim depan.


Sejak bersama Bayern pada awal musim 2013, hanya trofi Liga Juara-Juara yang belum pernah diraih Guardiola bersama Thomas Muller dan rakan-rakannya.

Bayern terkandas dua kali di babak separuh akhir, yang pertama di tangan Real Madrid pada musim 2013-2014 dan sekali lagi tewas kepada Barcelona selang satu tahun kemudian.

Bayern kini kembali bagi memastikan kelab itu mampu memberikan cabaran dalam usaha meraih tempat ke final dengan berdepan wakil Sepanyol, Atletico Madrid.

Di atas kertas, Die Roten jelas mempunyai peluang untuk mara.

“Ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa jika kami mampu mengucapkan selamat tinggal kepada Guardiola dengan memenangi Liga Juara-Juara.


"Ini (kemenangan) akan menjadi pelengkap setelah kami menghabiskan banyak masa bersamanya di Bayern. Saya harap perkara ini akan terjadi,” kata Lewandowski, memetik FourFourTwo.

“Kami ingin menang setiap pertandingan hingga akhir waktu kami dengan Guardiola. Kami ingin meraikannya hingga ke saat akhir,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Josep Guardiola , Robert Lewandowski
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan