Pulau Pinang Gugur Dua Pemain Import

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 10:57 AM

Osas Ikpefua (tengah) antara yang akan digugurkan oleh FAP.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan menggugurkan sekurang-kurangnya dua pemain import selepas gagal menunjukkan persembahan terbaik mereka dalam saingan Liga Super musim 2016.

Seorang daripadanya ialah penyerang kelahiran Nigeria, Osas Ikpefua.

Naib Presiden FAP merangkap Pengurus Pasukan Pulau Pinang Mohd Azizudin Mohd Shariff berkata beliau amat kecewa dengan persembahan pemain-pemain import yang tidak mempamerkan prestasi bertenaga dan gagal menjaringkan gol.

Menurutnya, dua pemain import daripada empat pemain telah dikenakan surat amaran akibat prestasi yang tidak memuaskan.

"Kita punya pemain import satu lawan satu pun tak boleh jaringkan gol, apa lagi kita boleh buat. Kita mempunyai pemain import yang lemah, jadi pilihan yang terbaik ialah menggantikan mereka," katanya kepada pemberita selepas kekalahan 2-3 kepada Terengganu FC II (T-Team) .

"Saya sudah beri amaran keras kepada Osas selepas perlawanan dengan Selangor minggu lepas namun beliau masih tidak menunjukkan peningkatan, jadi tiada pilihan bagi kami selain tamatkan khidmat beliau (Osas)," katanya.

Selain Osas, pasukan harimau kumbang kini mempunyai dua lagi pemain import iaitu ketua pasukan Mathias Cordoba dan Reinaldo Lobo.

Azizudin berkata pasukan harimau kumbang yang kini dikendalikan pemangku Ketua Jurulatih Manzoor Azwira Abdul Wahid selepas ketua jurulatih dari Brazil Jacksen F. Tiago direhatkan, terpaksa menggunakan apa sahaja pemain import yang ada dalam saingan Liga Super.

"Kami berpuas hati dengan sumbangan Manzoor...pemain yang tidak boleh jaringkan gol takkan nak salahkan jurulatih," katanya.

Sementara itu, beliau berkata teka-teki mengenai nasib Tiago akan dijawab selepas mesyuarat pengurusan tertinggi pasukan Pulau Pinang.

Beliau berkata fokus jurulatih sekarang adalah untuk memberikan keyakinan semula kepada pemain terutama selepas dua kekalahan berturut-turut iaitu dengan Selangor dan T-Team.

Selepas sembilan pelawanan, skuad harimau kumbang kekal di tangga kedua tercorot Liga Super apabila hanya mampu mencatat satu kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan dengan mengutip enam mata.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , FAP

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan