Liga Super: Elias Fernandez Bantu Perak Sekat Felda United

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 12:19 AM

Pemain Perak, Mohd Raffi Nagoorgani (kanan) dan Mohd Syazwan Roslan (kiri) cuba mengawal kemaraan pemain KL FELDA United FC, Francis Farkey Doe (dua kiri) dalam pertemuan Perak dengan KL FELDA United FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ahad malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perak mengejutkan pendahulu carta Liga Super, Felda United FC (FUFC), apabila bangkit mencipta kemenangan tipis 3-2 di Stadium Perak, Ahad malam.

Penyerang import dari Brazil, Elias Fernandez De Oliveira, menjadi wira pasukan apabila mengegarkan gawang skuad The Fighters dua kali dalam masa empat minit dengan menjaringkan gol pada minit ke-76 dan ke-80.

Pada separuh masa pertama, skuad Seladang membuka jaringan pada minit ke-11 menerusi Muhammad Firdaus Saiyadi namun, penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe, memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat menerusi jaringan pada minit ke-24 dan ke-32.

Ini merupakan kekalahan kedua Felda United dalam saingan liga musim ini selepas kalah tipis 2-1 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 Mac lepas di Larkin.

Keputusan itu sekali gus menghancurkan hasrat Felda United untuk meningkatkan jurang di persada carta Liga Super. Namun, ia masih kekal di tangga teratas dengan kelebihan jaringan walaupun berkongsi 21 mata dengan pesaing terdekat, JDT, yang sekadar seri 1-1 dengan Kedah pada Sabtu.

Sementara itu, Terengganu FC II berjaya melonjak ke tangga ketiga carta selepas terpaksa berusaha menundukkan Pulau Pinang 3-2 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-32 menerusi Asrol Ibrahim sebelum meningkat jurang menerusi penyerang import dari Brazil, Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke-41.

Skuad Harimau Kumbang bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua dengan bantuan pemain pertahanan dari Brazil, Reinaldo Lobo pada minit ke-67 dan penyerang import dari Nigeria, Osas Ikpefua pada minit ke-75.

Namun, Patrick mengesahkan kemenangan bagi pasukan pantai timur itu tiga minit sebelum wisel penamat.

Terengganu FC II berada di tangga ketiga menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi 15 mata dengan Selangor. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan