Leicester Hidup Peluang Rangkul Trofi EPL, Benam Swansea 4-0

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 7:22 AM

Ulloa menjaringkan dua gol untuk Leicester.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Leicester City terus menghidupkan peluang untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kalinya selepas membelasah Swansea 4-0 pada awal pagi Isnin.

Pasukan kendalian Claudio Ranieri itu turun tanpa khidmat penyerang berbisa, Jamie Vardy yang digantung perlawanan.

Gol Leicester dijaringan Riyad Mahrez, Marc Albrighton termasuk dua gol daripada Leonardo Ulloa pada kedua-dua babak perlawanan.

Mahrez meletakkan Leicester di depan seawal minit ke-10 selepas memanfaatkan kesilapan kapten Swansea, Ashley Williams.

Leicester terus mengganas apabila menjaringkan gol kedua menerusi Ulloa pada minit ke-30 yang berpunca daripada umpanan bijak Daniel Drinkwater.

Perlawanan bersambung ke babak kedua dengan menyaksikan Ulloa menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-60.

Namun, Albrighton melengkapkan kemenangan bergaya Leicester lima minit sebelum permainan tamat.

Kemenangan bergaya di Stadium King Power itu turut melebarkan rekod tanpa kalah Leicester di laman sendiri dalam kempen EPL kepada 14 perlawanan.

Leicester ketika ini menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan lapan mata di depan Tottenham Hotspurs.

Spurs dijadual beraksi menentang West Bromwich Albion pada awal pagi Selasa.


Tags / Kata Kunci: Leicester City , EPL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan