David De Gea Penjaga Gol Terbaik Dunia - Herrera

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera melabelkan rakan sepasukannya, David De Gea sebagai penjaga gol terbaik dunia.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu menjadi hero United selepas menepis sepakan penalti penyerang Everton, Romelu Lukaku dalam saingan separuh akhir Piala FA sabtu lalu.

Berikutan itu, Herrera yang juga dari Sepanyol menganggap De Gea lebih baik daripada Manuel Neuer, Gigi Buffon, Petr Cech dan Hugo Lloris.

"Dia penjaga gol nombor satu dunia.

"Di England semua tahu tentangnya, tetapi dunia bola sepak lain memikirkan mereka mempunyai penjaga gol lebih baik daripada dia - saya tidak berfikir seperti itu.

"Selepas kami memenangi piala, saya rasa dia akan lebih diiktiraf.

"Dia mempunyai bakat istimewa. Manusia yang dilahirkan dengan kualiti dan kemampuan yang baik, dia sangat bertuah.

"Apa yang saya tahu tentang dia adalah seorang yang tenang, dan berpijak di bumi nyata," jelas Herrera.


Tags / Kata Kunci: Sepanyol , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan