PSG Pertahan Trofi Piala Liga Perancis

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 10:15 AM

Pemain PSG meraikan kejayaan mereka mempertahankan trofi Piala Liga Perancis.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Jaringan Angel Di Maria membantu Paris St Germain (PSG) menewaskan Lille 2-1 untuk menjulang trofi Piala Liga Perancis buat kali ketiga berturut-turut pada Sabtu.

Pemain sayap Argentina itu menyudahkan bola yang gagal dikeluarkan Adama Soumaoro pada aksi final di Stade de France pada minit ke-74.

Dalam pertembungan penuh dramatik itu, PSG terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain apabila pemain tengah Adrien Rabiot dilayangkan kad kuning kedua kerana menggasari pemain Lille, Soufiane Boufal.

Pemain tengah Javier Pastore terlebih dahulu meletakkan PSG di depan tetapi Lille bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Djibril Sidibe.

Namun, Di Maria muncul penyelamat apabila melengkapkan gol kedua PSG ketika pasukan itu bergelut untuk mencari gol kemenangan.

PSG masih berpeluang menambah koleksi trofi mereka musim ini apabila bertemu Marseille dalam aksi final Coupe de France pada 21 Mei depan.

Pasukan kendalian pengurus Laurent Blanc itu turut melebarkan rekod sebagai sebuah kelab yang menjuarai kejohanan tersebut sebanyak enam kali.


Tags / Kata Kunci: PSG , Piala Liga Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan