Nazmi Faiz Perlu Bijak Kawal Emosi - Zainal

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 11:11 AM

Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemain tengah berbakat besar dari pasukan Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor perlu bijak mengawal emosi ketika berada di atas padang bagi mengelakkan dirinya ditimpa masalah seperti mendapat kad merah.

Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata pemain berusia 21 tahun itu perlu tahu kegagalan beliau mengawal emosi akan memberi tekanan kepada pasukan.

"Bagi saya Nazmi perlu bijak kawal diri dan tidak buat pasukan tertekan, dia perlu tahu kad merah membebankan pasukan, amat penting dia tahu dan saya minta ini kali terakhir (dapat kad merah), beliau perlu lebih disiplinkan diri dalam padang," katanya kepada pemberita di sini malam Sabtu.

Beliau ditemui selepas perlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menentang Selangor di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini yang berkesudahan seri 0-0.

Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana mengasari pemain import PDRM Andre Francisco Williams.

Kad merah dan insiden gagal mengawal emosi bukan asing buat Muhammad Nazmi Faiz kerana beliau pernah digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas meludah pemain Kelantan Edwin Carillo pada perlawanan Liga Super Ogos tahun lepas dan dilayangkan kad merah pada perlawanan itu.

Beliau juga pernah digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin AFC kerana meludah pemain Timor-Leste Filipe Oliveira ketika mewakili skuad bawah 23 tahun negara di Sukan SEA Jun tahun lepas yang menyebabkan beliau dilayangkan kad merah dalam insiden itu.

Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Zainal Abidin berkata Selangor melepaskan mata berharga kerana mampu menguasai permainan dan memperoleh banyak peluang sebelum Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang.

"Apabila bermain 10 orang kita terpaksa bertahan, alhamdullilah kita dapat mengekang pemain PDRM, seri ketika bermain 10 orang bagi saya keputusan adil tetapi bagi saya ketika bermain 11 orang kita gagal menyempurnakan peluang.

"Saya hampa sedikit, peningkatan saya lihat daripada pertahanan kita tidak bolos dalam dua perlawanan tetapi bila kita tidak jaringkan gol kita tidak menang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nazmi Faiz , Selangor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan