Kelantan Tidak Dabik Dada Walau Atasi Terengganu - Bola Sepak | mStar

Kelantan Tidak Dabik Dada Walau Atasi Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 11:06 AM

Pemain Kelantan Dramane Traore (tengah) dikawal dua pemain Terengganu pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kelantan tidak mahu mendabik dada walaupun menang 3-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini malam Sabtu.

Pembantu jurulatih Pamoga Qu Puteh The Red Warriors Kamaruddin Mohamad berkata jentera serangan dan pertahanan perlu diperbaiki bagi mengharungi perlawanan akan datang.

"Kami akan menyusun kembali corak latihan kerana masih ada dua baki perlawanan dalam pusingan pertama ini iaitu menentang Selangor dan Felda United.

"Kemenangan pada malam ini membuktikan kami mampu bangkit walaupun mendapat kritikan peminat berikutan prestasi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.

Kelantan melonjak ke tangga kelima carta dengan kemenangan 3-0 ke atas  Terengganu.

Tiga gol pasukan pasukan tuan rumah itu dijaringkan Wan Zack Haikal Wan Md Noor pada minit ke-12, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (62') dan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (88'). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Terengganu , Liga Super
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan