Tunku Ismail Intai Peluang Beli AC Milan

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 8:13 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tumpuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin kepada memperkasakan Johor Darul Takzim (JDT) sebagai pasukan yang digeruni di arena bola sepak Asia, terutama dengan kemudahan latihan sebanyak RM15 juta dan rancangan untuk membina stadium baharu dengan 40,000 tempat duduk.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik pasukan JDT mahu pergi lebih jauh. 

Tunku Ismail dalam temuramah eksklusifnya bersama The Straits Times berkata, terdapat rancangan untuk membeli kelab Serie A Itali, AC Milan.

Bercakap di Istana Bukit Pelangi pada Jumaat,Tunku Ismail berkata: "Saya merancang untuk membeli AC Milan tetapi kita lihat macam mana nanti. Saya suka Milan dan saya sentiasa menyukai kelab-kelab Itali sejak kecil... tumpuan sentiasa pada JDT tetapi sekiranya saya boleh beli sebuah kelab bola sepak di Eropah, ia akan menjadi AC Milan.

Tambah Tunku Ismail, ia dalam peringkat kajian dan perbincangan buat masa ini.

AC Milan dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang memberi isyarat untuk menjual kelab berkenaan.

Tunku Ismail berkata, kedua-dua pasukan akan bekerjasama sekiranya perjanjian dilakukan.

Menurut Tunku Ismail: "kita amat berharap dapat menghubungkan Milan dan JDT pada masa akan datang. Siapa tahu..."

"Dan ia akan menjadi kolaborasi secara langsung, bukan sekadar kolaborasi kecil. Ia akan dilakukan secara langsung." - The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan