Pemain Muda Kedah Ikat JDT

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 11:28 PM

Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (dua, kiri) diasak oleh pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Marcos Antonio pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PEMAIN muda Kedah berjaya membuktikan kemampuan mereka selepas mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu malam.

Skuad Helang Merah yang membariskan sebahagian besar pemain muda ternyata tidak gentar akan cabaran daripada pemain berpengalaman yang diturunkan JDT dalam perlawanan itu.

Malah, anak didik Tan Cheng Hoe tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila memperolehinya pada minit pertama.

Gol hasil umpanan Farhan Roslan itu disudahkan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang tenang menolak bola ke dalam gol.

Tersentak dengan jaringan tersebut JDT kembali mengatur serangan untuk memastikan rekod tanpa kalah dalam Liga Super tidak tercalar.

Bagaimanapun, kecemerlangan penjaga gol muda, Farhan Abu Bakar berjaya mengagalkan usaha pemain pelawat.

Ketika kedua-dua pasukan berusaha mencari gol, aksi di atas padang tegang seketika berikutan aksi keras pemain pelawat yang mahu menyekat kemaraan skuad Kedah.

Berikutan beberapa aksi kurang menyenangkan itu, ketua pasukan JDT, Safiq Rahim dan penyerang Kedah dilayang kad kuning.

Turut menerima kad kuning ialah penyerang import JDT, Pereyra Diaz apabila berlakon mengalami kecederaan sedangkan tidak dikasari.

Ketika babak pertama seakan melabuhkan tirai, JDT berjaya memperolehi sepakan penalti apabila Bang Seung Hwan menjatuh Juan Martin Lucero.

Hasilnya, JDT berjaya menyamakan kedudukan pada masa tambahan babak pertama.

Perlawanan yang bersambung pada separuh kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus mengatur serangan mencari gol kemenangan, namun gagal mengubah kedudukan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan