Wayne Rooney Atlet Lelaki Muda Paling Kaya

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney disenaraikan sebagai atlet lelaki muda paling kaya di Britain oleh Sunday Time menerusi keluaran pada Jumaat.

Pemain England dan Manchester United berusia 30 tahun itu mengumpul kekayaan sebanyak £82 juta untuk menjadikannya atlet di bawah umur 30 tahun paling kaya.

Kekayaan Rooney dikumpul melalui gajinya di United yang bernilai £300,000 seminggu - pemain yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Rooney juga menjadi duta dan model kepada banyak produk seperti Nike dan Samsung.

Dua beradik yang merupakan bintang tenis Britain iaitu Andy dan Jamie Murray berada di kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak £58 juta.

Di kedudukan ketiga ialah pemain golf, Rory Mcllroy manakala Gareth Bale, Sergio Aguero dan David Silva mengisi tempat keempat hingga keenam.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Wayne Rooney

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan