Rooney,Martial Dan Rashford Trio Baharu Harapan United

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 6:30 AM

Trio baharu Manchester United (dari kiri) Rashford, Rooney dan Martial

(Ubah saiz teks)

BUATpertama kalinya Wayne Rooney, Anthony Martial dan Marcus Rashford digandingkan bersama pada aksi kemenangan 2-0 ke atas Crystasl Palace pada Rabu lalu.

Kombinasi pemain lama dengan baharu memberi kelainan dalam corak permainan itu sekaligus menjadikan isyarat awal kebangkitan skuad bimbingan Louis van Gaal ini.

Mereka bertiga kini dianggap trio terbaik setakat ini.

Seperti mana yang dilihat, di luar Old Trafford tersergam tugu trio pemain George Best, Denis Law dan Bobby Charlton sebagai penghargaan di atas sumbangan mereka bersama United sebelum ini, dan dalam masa yang sama membawa maksud  ‘bertiga lebih baik daripada seorang’.

Tugu George Best, Denis Law dan Bobby Charlton di luar Stadium Old Trafford.


Martial,20, membuktikan perpindahannya dari Monaco bernilai  36 juta pound sebelum ini tidak sia-sia apabila berjaya menyumbangkan gol ketiga ketika penampilan pertama bertemu Liverpool pada 25 September 2015.

Rashdord,18, pula menggunakan peluang yang diberikan Van Gaal sebaik-baiknya ketika Rooney terpaksa berehat gara-gara mengalami kecederaan lutut pada Februari lalu.

Dan kini apabila kapten itu kembali ke skuad, Van Gaal mengharapkan Rooney menjadi contoh terbaik dan memberi sokongan kepada pemain-pemain muda ini.

Karier Rooney di Old Trafford dikatakan boleh bertahan dalam tempoh lima tahun lagi jika dia menerima hakikat bahawa posisi penyerang bukan lagi miliknya lagi serta mengurangkan sifat ego diri dalam tempoh gandingan dengan Martial dan Rashford ini.

Van Gaal mengakui selepas pertengahan musim, tiada mana-mana pemain yang mempunyai posisi tetap.

Rooney seolah-olah memahami maksud jurulatihnya itu dan kini dia gembira apabila diminta bermain di bahagian tengah.

Namun sebaliknya berlaku apabila Van Gaal memberitahu dia tidak akan menukar posisi Rashford di bahagian atas dalam formasinya 4-3-3 atau 4-2-3-1.

Ini bermakna, pemain-pemain muda sudah mempunyai posisi tetap, manakala yang lain akan ditetapkan olehnya.

Penyerang legenda United (dari kiri) Charlton, Law dan Best yang dikenali Holy Trinity.

Trio legenda United (dari kiri) Charlton, Law dan Best dikenali dengan gelaran 'Holy Trinity'.


Sebelum ini tiada siapa yang mengenali Rashford sehinggalah dia menggantikan Rooney ketika aksi tewas 2-1 kepada Sunderland pada 13 Februari lalu.

Dan sejak itu pemain Bawah 20 Tahun England berusia 18 tahun ini mula menjadi perhatian sehingga dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi persiapan Euro 2016.

Bagaimana pun jurulatih Akademi Manchester United, Nicky Butt menolak permintaan skuad utama England itu kerana terlalu awal buat Rashford dan ia boleh merosakkan pembangunan pemain itu.

Sehingga kini Rashford berjaya meledak tujuh gol dalam 13 penampilan termasuk aksi liga (4), Piala FA (1) dan dua gol ketika aksi Liga Europa.

Malah Rashford menjadi pemain termuda ketiga menjaringkan gol dalam aksi liga selepas Federico Macheda dan Danny Welbeck.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan