Jangan Salahkan Farhan - TCH - Bola Sepak | mStar

Jangan Salahkan Farhan - TCH

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui kecewa dengan prestasi barisan pemain skuad Helang Merah selepas diaibkan T-Team 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Rabu malam.

Menurutnya, rentak permainan yang dipamerkan pemain bukanlah kemampuan sebenar mereka seperti sebelum ini.

"Apa yang saya lihat dalam perlawanan itu, mereka (pemain) begitu letih akibat jadual padat sehingga banyak melakukan kesilapan yang memberi peluang kepada lawan menghasilkan empat gol.

"Saya tidak menyalahkan Farhan Abu Bakar sebagai penjaga gol kerana apa yang kita tahu ini adalah pengalaman pertamanya beraksi dalam Liga Super.

"Dia perlu diberi peluang dan banyak pendedahan untuk beraksi lebih baik, saya yakin dia akan belajar daripada kesilapan yang dilakukan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, akibat keletihan itu, dia bertindak membuat pertukaran beberapa pemain untuk memperkemaskan semula kesebelasan di atas padang.

"Saya terpaksa keluarkan Bang Seung Hwan kerana dia kelihatan sangat letih sehingga membiarkan pemain lawan melepasinya dengan mudah. Oleh kerana tidak mempunyai banyak pilihan sebagai pertahanan tengah, saya perlu memasukan Syazwan Tajuddin sebagai penggantinya.

"Baddrol Bakhtiar pula dikeluarkan kerana dia sering kehilangan bola dan gagal mengawasinya dengan baik.

"Saya terima kekalahan ini. Saya juga yakin kita mampu bangkit dalam perlawanan akan datang di Stadium Darul Aman," jelasnya.

Kedah akan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi aksi Liga Super di Alor Setar pada Sabtu.


Tags / Kata Kunci: Kedah , Johor , T-Team
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan