Peluang Akhir Martinez Di Everton, Menang Trofi Piala FA

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

ROBERT Martinez memerlukan trofi Piala FA musim ini bagi menyelamatkan kedudukannya selaku pengurus di Everton.

Pemegang saham utama yang baharu, Farhad Moshiri dilihat sudah hilang sabar dan memberi amaran kepada Martinez supaya memperbaiki prestasi atau berdepan dengan pemecatan.

Selepas dimalukan Liverpool 4-0 di Mersey, Everton kini berada dalam kedudukan yang tidak selesa di tangga ke-11 dan tidak mustahil boleh berada di zon penyingkiran sekiranya terus mempamerkan aksi hambar yang membuatkan penyokong-penyokong kelab naik berang.

Namun Martinez diberi peluang terakhir untuk membuktikan dirinya layak berada di Everton dengan memenangi perlawanan separuh akhir Piala FA bertemu Manchester United di Wembley Sabtu ini sekaligus mara ke saingan akhir.

Tugas berat buat Martinez berdepan dengan skuad Louis van Gaal, lebih-lebih lagi beberapa pemainnya tidak dapat beraksi dalam perlawanan penting ini.

Ramiro Funes Mori digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika aksi bertemu Liverpool pada Khamis.

Malah skuad Martinez juga dijangka tanpa kelibat pemain pertahanan Phil Jagielka dan Seamus Coleman yang mengalami kecederaan hamstring.

Tags / Kata Kunci: Roberto Martinez , Everton

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan