Real Madrid Batal Idea Jual Ronaldo, Tawar Kontrak Baharu

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid membuat pusingan 'U' apabila membatalkan hasrat awal musim mereka untuk menjual penyerang sensasi Cristiano Ronaldo bagi menambah dana kelab itu.

Idea tersebut diketepikan selepas pihak kelab membuat keputusan untuk terus menggunakan khidmat pemain berusia 31 tahun itu yang masih mempunyai baki kontrak sehingga 2018.

Malah Real Madrid turut menawarkan penyambungan kontrak baharu selama dua tahun sehingga 2020.

Sebelum ini presiden kelab, Florentino Perez berminat untuk menerima tawaran dari Paris Saint-Germain (PSG) yang sedia mengeluarkan 80 juta pound (RM448 juta) untuk mendapatkan penjaring terbanyak Liga Sepanyol itu.

Walaupun perancangan itu dibatalkan, sudah pasti pihak kelab mempunyai idea kedua bagi menambah kewangan kelab apabila pemain tengah Colombia, James Rodriguez dan penyerang Sepanyol, Isco dijangka akan dijual dengan harga terbaik.

Jurulatih kelab, Zinedine Zidane juga dilihat bakal meneruskan khidmatnya selepas musim ini, dan berminat untuk terus menggunakan penyerang Portugal itu dalam skuadnya.

Sekiranya Ronaldo menerima tawaran terbaharu kelabnya itu, dia dijangka akan mencatat 570 gol sebelum bersara jika mengekalkan konsisten jaringan seperti mana yang direkodkan di Madrid sekarang.

Statistik jaringan gol Ronaldo di Madrid:


2009-10 35 perlawanan, 33 gol

2010-11 54 perlawanan, 53 gol

2011-12 55 perlawanan, 60 gol

2012-13 55 perlawanan, 55 gol

2013-14 47 perlawanan, 51 gol

2014-15 54 perlawanan, 61 gol

2015-16 44 perlawanan, 47 gol

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Cristiano Ronaldo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan