Menang 2-0, Van Gaal Puas Hati Prestasi Rooney

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 7:41 AM

Pemain Crystal Palace Lee Chung-yong (kiri) cuba mencabar pemain Manchester United, Wayne Rooney dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, England, awal pagi Khamis. United menang 2-0. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN 2-0 Manchester United ke atas Crystal Palace, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Khamis disambut Louis van Gaal dengan gembira.

Salah seorang pemain yang mendapat pujian Van Gaal adalah penyerang senior, Wayne Rooney yang kembali diturunkan setelah mengalami kecederaan.

Menurut Van Gaal, penampilan Rooney dalam perlawanan itu sangat bagus walau Wazza (panggilan akrab untuk Rooney) tidak diturunkan sebagai penyerang dan tidak menyumbangkan gol.

Van Gaal berkata, walaupun tidak bermain pada posisinya seperti biasa, Rooney dinilai berjaya memainkan peranannya dengan baik.

“Saya tidak menyatakan bahawa Rooney harus menunjukkan segala-galanya. Saya menilai di babak pertama dia bermain dengan baik tetapi di babak kedua dia nampak letih. Sebab itulah saya menggantikannya,” ujar Van Gaal, memetik Soccerway.


“Sekarang dia sudah bermain sebanyak 75 minit. Saya membina semula kapasiti dirinya melalui pertandingan, sama seperti yang saya lakukan terhadap pemain lain,”katanya.

Gol dalam perlawanan ini disumbat masuk oleh Damien Delaney, pada minit kelima dan Matteo Darmian pada minit ke-55.

United kini berada di kedudukan kelima carta Liga Perdana Inggeris dengan 59 mata, satu mata ketinggalan di belakang Arsenal di posisi keempat.

Di belakang United adalah West Ham dengan 56 mata.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan