Tan Cheng Hoe Mahukan Kemenangan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 9:07 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Kedah tidak diberi pilihan selain mendapatkan tiga mata penuh  ketika menentang T-Team dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu pada Rabu.

Ketua Jurulatih skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe berkata, misi tiga mata itu penting untuk dilaksanakan kerana pasukan berkenaan perlu bersaing dalam mendapatkan kedudukan lebih baik dalam Liga Super.

Menurutnya, ketiadaan pemain import seperti Sandro Da Silva yang mengalami kecederaan kaki kiri bukan alasan untuk tidak dapat menjaringkan gol.

"Kehilanagn Sandro memang dirasai tetapi ini tidak akan menjejaskan rentak permainan kerana semua pemain mampu diturunkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

"Saya yakin pengganti Sandro mampu memastikan rentak tidak terjejas kerana situasi sama pernah dialami. Pemain simpanan yang ada juga mampu beraksi dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe turut mengingatkan anak didiknya supaya tidak memandang rendah kemampuan T-Team kerana pasukan itu mempunyai pemain yang hebat untuk mengecewakan Kedah.

"Kita kena lihat balik rekod mereka dalam perlawanan sebelum ini yang berjaya menewaskan pasukan seperti Kelantan, kemampuan mereka mesti diawasi.

"Oleh itu, pemain Kedah perlu memberi sepenuh tumpuan sepanjang permainan dan tidak melakukan kesilapan yang mampu memberi peluang kepada lawan mendapatkan gol," jelasnya.

Beliau memberitahu, kehadiran penyokong Kedah di Kuala Terengganu mampu menyuntik semangat pemain untuk berjuang mendapatkan tiga mata penuh nanti.

Kedah kini menghuni tangga kelima liga dengan memiliki 10 mata - ketinggalan lapan mata dibelakang pendahulu carta iaitu Felda United.

Tags / Kata Kunci: Kedah , T-Team

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan