Terlalu Percayakan Kami Punca Mourinho Gagal- Fabregas

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Chelsea, Cesc Fabregas mengakui bekas pengurus Jose Mourinho terpaksa menanggung akibat kerana terlalu mempercayai pemain-pemainnya.

Jurulatih Portugis itu meninggalkan kelas pada Disember lalu dengan kedudukan yang tidak stabil dalam liga selepas tewas sembilan daripada 16 perlawanan.

Namun juara liga 2015 itu kini berada di tangga ke-10 dengan 16 mata ketinggalan untuk meraih tempat bagi Liga Juara-Juara musim depan.

Fabregas berkata, dia dan rakan-rakannya telah mengecewakan Mourinho.

"Saya sangat menghormatinya, dan kami masih berhubung sehingga sekarang, " jelas bekas pemain Arsenal dan Barcelona kepada Sky Sports.

"Masalah paling besar ialah kerana dia terlalu percayakan kami dengan memberi cuti memandangkan kami juara tetapi sebaliknya berlaku dengan mengecewakan dia.

"Itulah sebabnya dia perlu meninggalkan kelab. Dan kami berasa terkilan disebabkan Mourinho terpaksa menerima akibat," jelasnya.

Dalam pada itu, Fabregas mahu melihat Leicester bergelar juara musim ini."

Dengan apa yang mereka lalui sebelum ini (berada di zon penyingkiran musim lalu), saya mahu mereka menjuarai Liga Perdana," jelasnya yang bakal berdepan dengan The Foxes 15 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: Cesc Fabregas , Chelsea , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan