Liga Perdana: Dollah Kecewa Perlis Gagal Kutip Tiga Mata

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kesilapan membenarkan lawan menghasilkan gol di awal perlawanan jelas mengecewakan jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dengan Kuala Lumpur, petang Selasa.  

Lebih memeritkan ketika pasukannya banyak mengasak kubu lawan dalam 10 minit pertama, kesilapan pemainnya pantas dihukum Mohd Rashid Mohd Aya seawal minit ketujuh. 

"Saya agak kecewa kerana pemain membuat sedikit kesilapan sehingga pasukan lawan berjaya menjaringkan gol awal, sedangkan kami yang lebih banyak menyerang," katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini. 

Kekecewaan Dollah adalah kerana beliau sememangnya mahukan kemenangan selepas Perlis kalah dalam tiga perlawanan terakhir mereka sebelum ini. 

Namun, Dollah tetap berpuas hati dengan corak persembahan anak buahnya secara keseluruhan kerana mereka bermain dalam keadaan cuaca yang sangat panas. --

Dalam perlawanan itu, Mohamadou Sumareh menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-11 sebelum Kuala Lumpur kembali di depan menerusi jaringan Anselmo Arruda Da Silva sejurus sebelum rehat. 

Kayne Vincent menjadi penyelamat Perlis apabila menyamakan kedudukan 2-2 dengan gol minit ke-67. 

Dollah mengakui perlu berusaha keras mencatur strategi memantapkan lagi skuad Singa Utara bagi menghadapi Negeri Sembilan pada 22 April ini. 

Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria pula berkata pasukannya memperoleh banyak peluang untuk menghasilkan gol, namun nasib tidak menyebelahi mereka. 

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan pemain yang bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun ketika cuaca panas," katanya. -Bernama
Tags / Kata Kunci: Perlis , Liga perdana , Kuala Lumpur

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan