Debat Tak Ke Mana Kalau FAM Tak Berubah - Annuar

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sebarang debat berkaitan bola sepak tidak akan memberi kesan kepada sukan itu jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal mengambil tindakan susulan hasil cadangan yang dikemukakan nanti.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM mempunyai kuasa menentukan corak pembangunan bola sepak negara kerana ia mempunyai hak mengikut statut FIFA.

"Kita bincanglah apa sekalipun, kuasa bola sepak dalam negara ini hanya terletak pada satu badan sahaja, dan mengikut statut FIFA ia terletak di bawah FAM.

"Kalau orang lain berdebat tapi FAM tak buat (tetap) tak sampai ke mana juga (bola sepak negara)," katanya kepada pemberita pada majlis penutup Program Mesra Siswa Perdana 2016 Parlimen Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok p[ada Selasa.

Program lima hari yang bermula sejak Jumaat lepas itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan disertai lebih 800 pelajar daripada 18 universiti awam seluruh negara.

Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk berdebat secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan itu yang mempunyai ramai peminatdi negara ini.

Antara individu yang disenaraikan termasuk Khairy, wakil FAM iaitu jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B Sathianathan.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata kepimpinan FAM perlu ditukar bagi membolehkan pelan pembangunan bola sepak negara dirancang dengan lebih berkesan.

"Bagi saya (kepimpinan) FAM semua tukarlah, bagi orang lain pula pimpin. Bagi TMJ ke... itu sahaja jalan. Dah lama sangat dah (kepimpinan sedia ada).

"Selagi tiada perubahan rejim yang menyeluruh, bola sepak (negara) tak akan sampai ke mana sebab (pembangunan) bola sepak tak boleh buat dalam masa satu atau dua tahun..ia mesti ada pelan jangka panjang, sederhana dan pendek,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Annuar Musa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan