Chelsea Patut Kalah, Dendam City Terbalas

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 7:36 AM

(Ubah saiz teks)

GUUS Hiddink akur bahawa Chelsea sememangnya patut kalah kepada tetamu mereka, Manchester City yang bertandang ke Stamford Bridge, awal pagi Ahad.

The Blues terpaksa menanggung malu di hadapan penyokongnya sendiri setelah kalah teruk 0-3 kepada City. Tiga gol City kesemuanya disumbat masuk oleh penyerang yang 'dahagakan gol' Sergio Aguero yang sekali gus mencipta hatrik.

"Tentunya ini satu kekalahan yang teruk. Kami melawan pasukan yang sangat kuat. Manchester City telah membuktikannya dan bukan tanpa alasan mengapa mereka berada di kalangan empat pasukan terbaik di Liga Eropah," kata Hiddink di laman rasmi Chelsea.


"Tidak ada perbezaan yang besar. Kekalahan tersebut adalah layak tetapi tidak begitu negatif sehingga kami sekarang berasa putus asa."

Ini merupakan kekalahan pertama Hiddink di Stamford Bridge dalam di Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapunm keputusan itu tidak membuatkan Chelsea tersingkir dari peringkat 10 kumpulan terbaik dengan mengumpul 44 mata dari 33 perlawanan.

Sementara itu pengurus Manchester City Manuel Pellegrini mengakui bahawa misi balas dendamnya telah terbalas.

Chelsea membelasah The Citizens 5-1 dalam perlawanan Piala FA Inggeris dua bulan lalu di mana ketika itu City banyak menurunkan pemain-pemain muda.

“Saya sangat puas hati. Pasukan ini bermain sangat baik barisan hadapan dan pertahanan. Sebelum perlawanan kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami ingin membalas dendam kerana mereka mengalahkan kami di Piala FA," kata Pellegrini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan