Piala FA: PKNS Gagal Kutip Mata Selesa, Seri 2-2 Dengan Perak

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2016 7:40 AM

Penyerang PKNS, Gabriel Migual Guiera memperdayakan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, di Stadium Hang Jebat, Jumaat malam.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

MELAKA: PKNS FC gagal membawa bekalan selesa kepusingan kedua Piala FA apabila hanya mampu seri 2-2 dengan Perak dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Hang Jebat, Jumaat malam.

PKNS melaungkan amaran awal apabila tandukan pemain import Argentina, Juan Manuel Cobelli ke gawang Perak pada minit ke-18 tidak disahkan pengadil Khairul Azuan Kidam kerana ofsid.

Tempo permainan agak perlahan serta penguasaan agak seimbang menyaksikankedua-dua pasukan gagal membuka jaringan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pada babak kedua, PKNS membuka jaringan pada minit ke-48menerusi tendangan penalti oleh penyerang import Argentina, Gabriel Miguel Guerra.

Anak buah E. Ellavarasan diberikan sepakan penalti oleh pengadil setelah Cobelli dikasari pemain pertahanan Perak, Shahrul Mohd Saad di dalam kotak penalti.

Perak dibimbing Syamsul Mohd Saad berjaya menyamakan kedudukan 10 minit selepas itu apabila Muhammad Nurridzuan Hassan menanduk masuk gol untuk pasukan 'The Bos Gaurus' hasil sepakan sudut Muhammad Firdaus Saiyadi.

Guerra berjaya menjaringkan gol kedua buat PKNS pada minit ke-71 apabila bijak mengelecek tiga pemain Perak termasuk penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim.

Bagaimanapun, PKNS gagal mempertahankan kedudukan pendahulu apabilapemain pertahanan dari Brazil, Thiago Junio De Aquino menjaringkan gol penyamaan dramatik pada minit ke-92 dengan menanduk masuk bola hantaran lintang Mohamad Hafiz Ramdan.

PKNS dijadual berhadapan dengan Perak pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Ipoh, Perak pada 30 April ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala FA , separuh akhir , PKNS , Perak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan