TMJ Hanya Iktiraf Pendapat Teong Kim

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 7:01 AM

Lim Teong Kim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak untuk berdebat mengenai prestasi hambar skuad kebangsaan negara di televisyen, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan beliau hanya mengiktiraf pendapat Lim Teong Kim sahaja.

Menurut Tunku Ismail, hanya Teong Kim yang juga Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam arena bola sepak pada hari ini.

"Saya hanya mengiktiraf pendapat satu orang sahaja tentang bola sepak Malaysia di negara ini.

"Hanya dia (Teong Kim) yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dengan bola sepak Malaysia. Syabas kepada saudara Lim Teong Kim," katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Pada Rabu, Tunku Ismail mencabar supaya satu perbahasan diadakan bagi mengupas dengan lebih mendalam masalah kemerosotan bola sepak negara dan pihak yang perlu bertanggungjawab.

Katanya, beliau sendiri akan turut serta dalam debat itu bersama beberapa individu penting arena bola sepak negara, di mana beliau menyarankan ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro.

Pada Khamis, Teong Kim menyatakan persetujuan untuk menyertai debat demi meningkatkan kemajuan bola sepak negara tetapi dengan bersyarat.

Antara syarat untuk beliau hadir adalah pemimpin tertinggi FAM perlu ada bersama, selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persatuan Negeri (FA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Semua orang tahu apa punca sebenar kemerosotan dan sekarang biar sama-sama bincang seterusnya buat kerja," katanya.

Turut bersetuju menyertai debat itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan.

FAM pula hanya mahu isu kemerosotan pretasi skuad kebangsaan diselesaikan menerusi satu perbincangan secara tertutup kerana ia disifatkan sebagai mekanisme terbaik untuk membantu meningkatkan mutu bola sepak negara.

Malah, Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee turut tidak bersetuju debat tersebut disiarkan secara langsung kerana perkara lebih penting adalah input semasa perbincangan tersebut.

"Sama ada jujur ataupun tidak. Kalau jujur tak payah kita risau sama ada (diadakan) secara tertutup atau terbuka. 

"Yang penting di sini semua pihak harus beri kerjasama secara jujur membangunkan bola sepak kita," katanya.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Lim Teong Kim , debat

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan