Separuh Akhir Piala FA: Kedah Idam Mata Awal Bertemu JDT

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebagai pendatang baharu dalam Liga Super, pasukan Kedah menganggap kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA adalah pencapaian terbaik setakat ini.

Pasukan Kedah yang digelar Helang Merah bakal menerima kunjungan dari pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan pertama di Stadium Darul Aman Jumaat ini yang pastinya bakal menghidangkan persembahan terbaik daripada kedua-dua pasukan.

Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui bertemu JDT yang dibimbing Roberto Carlos Mario Gómez  merupakan pasukan  terbaik dalam Liga Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.

“Semua orang tahu pasukan JDT dibarisi dengan pemain-pemain yang berpengalaman. Namun saya berharap pasukan Kedah akan memberi persaingan yang hebat. 

“Pemain-pemain sekarang lebih bersedia dan bermotivasi untuk bertemu dengan lawan mereka. 

“Kami akan cuba menggunakan peluang pusingan pertama bermain di laman sendiri sebaik mungkin walaupun sedar pemain-pemain lawan boleh bermain dengan baik di mana-mana gelanggang,” jelas Cheng Hoe kepada mStar Online.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , JDT , Kedah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan