Pengurus Dortmund Hilang Kata-Kata...

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 12:32 PM

Thomas Tuchel.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Borussia Dortmund, Thomas Tuchel masih bergelut untuk menerima kenyataan bagaimana pasukannya boleh tewas kepada Liverpool pada saingan suku akhir Piala Europa selepas dua kali mendahului dengan kelebihan dua gol.

"Saya masih bergelut dengan kata-kata kerana saya tidak dapat hendak menjelaskan bagaimana dan mengapa kami boleh tewas 3-4 selepas mendahului beberapa kali," ujarnya kepada para pemberita selepas perlawanan itu yang berlangsung di Anfield awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

Liverpool menang dengan agregat 5-4. Kelab Liga Perdana Inggeris itu kini menyertai Shakhtar Donetsk, Villarreal dan Sevilla di persaingan separuh akhir.

Dalam perlawanan itu Liverpool ketinggalan dua gol sebanyak dua kali tetapi berupaya muncul sebagai pemenang dengan gol ke empat pada saat-saat akhir sebelum perlawanan tamat.

Kemenangan itu lebih luar biasa jika diambil kira pengurus Liverpool, Jurgen Klopp adalah bekas pengurus Dortmund dan Tuchel mengambil alih jawatannya sekarang daripada Klopp.

Tuchel juga dipetik sebagai berkata; "Jika saya dapat menjelaskan bagaimana kekalahan ini boleh berlaku maka sesuatu yang logika telah berlaku. Hakikatnya ini tidak berlaku dan saya tidak dapat hendak menjelaskannya mengapa."

Menurut logik, kata Tuchel selepas Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol dalam tempoh 10 minit dan kemudian selepas separuh masa kedua gol Marco Reus menjadikan kedudukan 3-1, perlawanan itu sepatutnya telah selesai kerana pemenangnya adalah amat jelas adalah Dortmund.

Tetapi kemudiannya Liverpool bangkit dengan menjaringkan empat gol.

"Tetapi ini adalah kekalahan yang terhormat...dan saya ingin mengucapkan syabas kepada Liverpool kerana berupaya bangkit dari defisit 1-3 untuk menang 4-3. Ini adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa," kata Tuchel lagi.

Menurut beliau, seandainya Dortmund menjaringkan lebih banyak gol pada separuh masa kedua di mana mereka sepatutnya berbuat demikian, keadaan mungkin menjadi lebih terkawal tetapi kemudian pasukannya hilang kawalan dan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskannya mengapa.

Tags / Kata Kunci: Borussia Dortmund , Liverpool , Liga Europa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan