PBSNT Janji Perbaiki Mutu Persembahan

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 3:16 PM

Wan Ahmad Nizam Wan Hamid.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memperbaiki mutu persembahan dan mengenal pasti punca permasalahan yang membelenggu pasukan utama negeri itu.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata pihaknya akan mengambil langkah segera bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi dengan sebaik mungkin bagi memastikan mutu permainan akan terus dipertingkat.

"Tiada siapa yang inginkan kekalahan dalam setiap perlawanan namun nasib tidak menyebelahi kami dan kami akan terus memperbaiki permainan agar dapat terus bersaing dengan pasukan lain.

"Selain itu kami juga akan mengkaji dan mengesan faktor utama kemerosotan ini sama ada berpunca daripada pemain atau sebaliknya," kata Wan Ahmad Nizam ketika dihubungi di sini Jumaat.

Sebelum ini kerajaan negeri memberi amaran terakhir kepada skuad penyu untuk memperbaiki mutu persembahan atau melakukan rombakan.

Peluang dan nasib skuad penyu itu akan ditentukan pada perlawanan selepas ini sebelum tindakan selanjutnya dikenakan.

Wan Ahmad Nizam berkata beliau menjadikan amaran daripada kerajaan negeri itu sebagai peringatan untuknya dalam mengatasi masalah yang dihadapi pasukan.

Pada perlawanan sebelum ini pasukan bimbangan Mike Mullvey itu mencatatkan dua kekalahan berturut-turut pada aksi menentang pasukan Felda United di laman sendiri (1-4), dan sekali lagi tewas di tangan PDRM (1-3) di tempat lawan.

Untuk rekod Terengganu kini menduduki tangga kelapan dengan mengumpul sembilan mata di belakang pasukan T-Team. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PBNST

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan