Piala FA Inggeris: Van Gaal Senyum Seketika, Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mengakui kemenangan 2-1 ke atas West Ham pada aksi suku akhir Piala FA Inggeris awal pagi Khamis membuktikan pemain-pemain berjuang untuknya.

Selepas dikritik di atas kekalahan 3-0 kepada Tottenham dalam aksi liga Ahad lalu, pengurus kelahiran Belanda itu akhirnya mampu tersenyum seketika dengan jaringan Marcus Rashford dan Marouane Fellaini.

"Saya mahu memenangi gelaran di sini. Saya telah menjuarai di tempat lain, saya bekerja di sini dan mahu meraih trofi di sini.

"Saya tidak penting, tetapi ianya berkaitan dengan kelab. Apabila kamu bermain di Upton Park dan beraksi baik selepas mengalami kekalahan, ia membuktikan pemain-pemain berjuang dengan penuh semangat," jelas Van Gaal.

Tambah Van Gaal, dia telah menjalankan tugasnya dengan baik di Manchester United.

"Di mana sahaja saya bekerja, sudah pasti akan melaksanakan tugas dengan baik dan memenangi sesuatu.

"Sebab itulah saya berada di sini, kerana mahu memenangi sebarang gelaran, bukan kerana saya jurulatih yang teruk".

United bakal berdepan dengan Everton bagi saingan separuh akhir di Wembley Sabtu ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan