Teong Kim Setuju Sertai Debat TMJ Dengan Syarat

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lim Teong Kim sedia menyertai debat demi meningkatkan kemajuan bola sepak negara dengan bersyarat.

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu berkata, beliau tidak ada masalah untuk menhadiri debat yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bagi mengupas kemerosotan bola sepak negara itu.

"Ia untuk kebaikan bola sepak negara. Tetapi pihak-pihak yang terlibat dengan bola sepak negara mestilah ada sekali, itu syaratnya.

"Pemimpin tertinggi badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu ada bersama, selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persatuan Negeri (FA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan lain-lain lagi, jika syarat ini diikuti barulah saya hadir.

"Semua orang tahu apa punca sebenar kemerosotan dan sekarang biar sama-sama bincang seterusnya buat kerja," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada pagi Rabu, Tunku Ismail mencabar supaya satu perbahasan diadakan bagi mengupas dengan lebih mendalam masalah kemerosotan bola sepak negara dan pihak yang perlu bertanggungjawab.

Katanya, beliau sendiri akan turut serta dalam debat itu bersama beberapa individu penting arena bola sepak negara, di mana beliau menyarankan ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro.

"Saya menggesa pihak Astro, untuk mengadakan sesi siaran langsung di televisyen bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, wakil daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B.Sathianathan dan saya sendiri untuk berbahas tentang siapa yang bertanggungjawab bagi prestasi buruk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia serta apa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, awal pagi Rabu.

Setakat ini, Khairy dan Sathianathan antara yang mengesahkan untuk menyertai debat berkenaan.



Tags / Kata Kunci: Lim Teong Kim , TMJ , Debat , KJ

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan