Liga Juara-Juara: Ronaldo Dihujani Pujian Selepas Cipta Hatrik, Bantu Real Madrid Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 7:45 AM

Reaksi Ronaldo setelah berjaya menyumbat masuk gol ketiganya dalam perlawanan suku akhir kedua, Liga Juara-Juara menentang Wolfburg, awal pagi Rabu. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos melahirkan kegembiraan yang tak terungkap apabila kelabnya menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara bagi musim ini.

Ini kerana, musim ini merupakan kali keenam berturut-turut Madrid layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Sebelumnya ini, hanya Barcelona yang mampu melakukan pencapaian seperti ini.

Ramos memuji Cristiano Ronaldo yang dianggapnya menjadi wira kepada kemenangan kelab itu menerusi tiga gol yang disumbangkannya.

Katanya, apa yang ditunjukkan Ronaldo itu sekali gus membetulkan tanggapan orang awam yang mengkritik dan memandang rendah keupayaan dirinya sebelum perlawanan berlangsung.

Dalam perlawanan pertama, bintang Portugal itu semenangnya turun padang dengan mencatatkan rekod buruk apabila dia gagal membantu pasukannya sehingga kalah 0-2 kepada Wolfsburg.

Namun Ramos berkata dengan tiga gol terbaharunya itu, ia membuktikan bahawa Ronaldo adalah orang yang penting kepada kelab.

"Chris layak dipuji untuk malam yang ajaib ini. Kami memerlukannya, dia telah memberikan segala-galanya untuk pasukan, dia telah lama menunjukkan bahawa dia adalah nombor satu. Anda akan menyedarinya apabila dia membawa kepada keadaan yang baik."

“Untuk mereka yang ragu-ragukan Ronaldo, dia sendiri telah membuktikannya sekali lagi,” kata Ramos.

Sementara itu jurulatihnya, Zinedine Zidane turut memuji Ronaldo dengan menyatakan pemain itu adalah istimewa.

"Cristiano Ronaldo membuktikan dirinya sebagai pemain terbaik di dunia," kata Zidane.

"Dia juga memerlukan rakan sepasukan dan ingin menunjukkan apa yang telah mereka lakukan bersama-sama. Dia begitu istimewa kerana tak semua pemain mampu menyumbat tiga gol dalam satu perlawanan.

"Kami memulakan perlawanan dengan bermain secara intensif. Kami harus bermain begitu namun tanpa tekanan.

"Saya berpesan kepada pemain bahawa kami harus bermain dengan sabar. Tak mudah untuk menyumbat masuk tiga gol melawan pasukan ini. Saya berterima kasih kepada penyokong-penyokong kami yang terus memberi semangat pada malam ini," kata lelaki dari Perancis ini.

"Kini kami harus berehat kerana kami akan berdepan satu lagi perlawanan penting pada Sabtu ini. Saya tahu tentang bola sepak dan saya gembira atas apa yang sudah saya lakukan," ujar bekas pembantu Carlo Ancelotti ini.

"Saya tahu akan ada saat yang lebih sukar namun kami harus terus tenang. Saya tahu bagaimana sukarnya menjadi jurulatih. Saya mempunyai pasukan yang menakjubkan. Saya terus belajar. Saya suka dengan pekerjaan saya," kata Zidane.

Rakan sepasukannya, Marcelo Vieira menyatakan bahawa tiada siapa lagi yang dapat meragui kehebatan Ronaldo.

"Tidak ada yang boleh ragu-ragu dengan Ronaldo. Dia pemain hebat dan kami gembira dapat ke semi final berkat usaha kami bersama," kata pemain dari Brazil itu.

Marcelo juga menambah bahawa malam perlawanan antara Real Madrid dan Wolfsburg merupakan malam yang sangat luar biasa bagi skuad Real Madrid musim ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan