FMLLP Disaran Wujudkan Kempen Anti Samseng Bola Sepak - FAP

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengesahkan sudah menyerah laporan insiden bas pasukan itu dibaling batu Sabtu lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengurus pasukan Mohd Azizuddin Shariff memberitahu,  laporanberkenaan diserahkan kepada FAM pada Isnin lalu.

"Insiden baling batu ini semakin buruk dan saya berharap FAM memandang serius isu ini demi keselamatan semua. Ia sesuatu yang tidak bagus, lebih-lebih lagi melibatkan pemain-pemain dan pegawai pasukan.

"Kami menunggu keputusan mereka (FAM). Sebelum ini laporan polis juga sudah dibuat dan saya yakin pihak berkuasa sedang menjalani siasatan," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

Mohd Azizuddin yang juga Naib Presiden FAP memohon agar Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) lebih agresif dalam menjalankan kempen anti budaya samseng sukan bola sepak.

"Kami mencadangkan agar FMLLP lebih banyak melakukan kempen mengenai budaya samseng bola sepak ini secara meluas agar kejadian-kejadian seperti ini tidak lagi berlaku. Sistem keselamatan bukan sahaja di dalam stadium, bahkan di luar stadium juga amat penting.

"Kelakukan segelintir yang melakukan perbuatan seperti ini menjadikan pasukan tidak berasa selamat," tambahnya.

Insiden baling batu bukan perkara baharu, malah ia sudah berlaku sejak beberapa tahun sebelum ini namun ianya hanya melibatkan antara penyokong-penyokong.

Bagaimanapun, kes baling batu ke arah bas pasukan dianggap sangat serius kerana ianya mendatangkan kecederaan kepada pemain-pemain dan juga pegawai pasukan seperti mana yang berlaku kepada skuad Harimau Kumbang.

Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep, mengalami kecederaan ekoran bas yang membawa pasukan itu dibaling batu sejurus selepas tamat perlawanan menentang Kedah dengan keputusan seri  2-2 di Stadium Darul Aman.

Empat biji batu dilontar ke cermin hadapan bas manakala lima lagi dibaling ke arah badan bas ketika kejadian berlaku pukul 11.30 malam di Lebuhraya Darul Aman.

Tags / Kata Kunci: FAP , baling batu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan