United Masih Lagi Kelab Besar Berbanding Tottenham

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 9:50 AM

Louis van Gaal.

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal menegaskan beliau tidak menyesal memilih Manchester United berbanding Tottenham Hotspur sebagai kelab yang mahu dikendalikannya pada 2014 kerana Red Devils masih lagi sebuah kelab besar.

Pengendali kelahiran Belanda itu yang perlu memilih antara kedua-dua kelab itu sebelum menggantikan David Moyes dua tahun lalu menyaksikan anak buahnya tewas 0-3 kepada Spurs di White Hart Lane pada Ahad.

Gol Spurs dijaringkan oleh Dele Alli, Toby Alderweireld dan Erik Lamela.

Kekalahan itu menyebabkan United ketinggalan empat mata dibelakang seteru utama Manchester City.

City kini menduduki tangga keempat dan berusaha untuk memburu slot ke aksi Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Spurs pula berada di tangga kedua hanya dibezakan dengan tujuh mata di belakang Leicester.

"Cabaran besar sentiasa menanti saya di Manchester United. Saya minta maaf kepada Spurs tetapi Manchester United adalah sebuah kelab besar," kata Van Gaal.

Spurs bagaimanapun terus memberi saingan sengit ketika dibawah pimpinan Mauricio Pochettino dan menundukkan United buat pertama kalinya di gelanggang sendiri dalam tempoh 15 tahun.

Meskipun tewas, Van Gaal masih percaya United berupaya menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga keempat.

"Saya juga mahu menandantangani kontrak bersama Spurs dan Daniel Levy tahu mengenainya. Ia amat menyedihkan apabila anda bertanya mengenainya (sama ada saya menyesal memilih United) kerana mereka menang 3-0. Agak mudah untuk bertanya tapi saya okey.

"Bolehkah kami merebut tempat keempat? Ya kerana kita masih mempunyai 18 mata yang perlu diburu. Jadi kami masih ada peluang tetapi saingan lebih sukar. Itu sudah tentu.

"Sesiapa sahaja boleh tewas kepada mana-mana kelab. Kami masih lagi dalam persaingan," katanya.

Van Gaal turut mengesahkan Wayne Rooney akan beraksi bersama skuad bawah 21 tahun menentang Middlesbrough pada Isnin memandangkan beliau sedang berusaha untuk memulihkan kecederaan lututnya.




iklan

Kolumnis

iklan

Iklan