Kesilapan Sama Berulang - Tan Cheng Hoe

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 8:56 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN kecewa dengan kelekaan pemain sehingga gagal mengutip tiga mata penuh, namun Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe puas hati terhadap aksi keseluruhan anak didiknya dalam perlawanan menentang Pulau Pinang yang berakhir dengan seri 2-2.

Dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman itu, skuad Helang Merah berupaya memiliki tiga mata penuh selepas mendahului 2-1, namun kelekaan di penghujung perlawanan menghukum pasukan tersebut untuk berpuas hati dengan satu mata sahaja.

Cheng Hoe memberitahu, barisan pemain telah diberi nasihat supaya tidak leka kerana ia akan membawa padah, malangnya ingatan tersebut gagal memberi kesan dalam perlawanan berkenaan apabila pasukan lawan mudah mengambil kesempatan.

"Sepatutnya kita mencuri tiga mata penuh setelah berjaya mendahului sebanyak dua kali tetapi akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2.

"Tidak ada apa apa yang tidak kena dengan corak permainan yang dipamerkan tetapi bila pemain  hilang tumpuan sebanyak dua kali mereka telah menghadiahkan jaringan kepada lawan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe berkata, pemain perlu berubah dan memperbaiki kekurangan itu sebagai persediaan menentang skuad Johor DT (JDT) dalam saingan Piala FA pada Sabtu ini.

"Saya tidak perlu memberi motivasi kepada pemain untuk bertemu JDT kerana mereka sendiri mengetahui kemampuan dan reputasi lawan. Jadi mereka sendiri perlu berubah dan beraksi dengan lebih baik.

"Apa yang menyenangkan hati saya ialah kita tidak perlu bergantung pada seorang pemain sahaja bagi mendapatkan gol dan ini sudah pasti akan menyukarkan lagi pertahanan lawan mengawal pemain kita.

"Kita akan terus mengasah barisan serangan supaya mampu menepati sasaran di depan gol, namun pada masa sama pemain pertahanan juga tidak boleh selesa dan perlu meningkatkan kualiti permainan.

"Kini tumpuan kita sudah pasti kembali pada perlawanan Piala FA, lawan terdiri daripada pemain berpengalaman dan mereka juga pasti mahukan jaringan tempat lawan sebagai bekalan, oleh itu kita perlu meningkatkan usaha dan mendapatkan kemenangan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang merah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan