Jurulatih Penjaga Gol P.Pinang Cedera, Bas Dibaling Batu

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 8:19 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep cedera selepas bas yang membawa skuad negeri itu dibaling batu tidak lama selepas meninggalkan Stadium Darul Aman di sini malam Sabtu.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar, jurulatih itu cedera di lengan akibat terkena serpihan kaca selepas bas berkenaan dilempar dengan sembilan batu.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam di Lebuhraya Darul Aman apabila empat batu yang dilempar terkena cermin bahagian hadapan bas manakala lima lagi terkena badan bas," katanya ketika dihubungi.



Insiden berlaku sejurus bas skuad negeri itu meninggalkan stadium selepas perlawanan Liga Super menentang tuan rumah, Kedah yang berkesudahan seri 2-2.

Ia dikatakan berlaku ketika bas menghampiri Taman Tunku Habsah, kira-kira satu kilometer dari stadium itu.

Katanya laporan polis berkenaan insiden tersebut telah dibuat dan pihaknya kini sedang mengenal pasti kumpulan individu yang melakukan perbuatan itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan