FAP Pertimbang Tingkat Ciri Keselamatan Bas Bawa Pemain

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 5:00 PM

Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff. -foto FAPenang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Tahap keselamatan kenderaan yang membawa pemain dan pegawai pasukan bola sepak Pulau Pinang akan dipertingkatkan selepas terlibat insiden dibaling batu pada malam Sabtu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut kerana ia melibatkan keselamatan pemain dan pegawai pasukan.

"Melihat kepada cermin-cermin yang telah pecah dan retak, kita rasa adanya keperluan untuk mengkaji semula aspek dan ciri-ciri keselamatan bas yang membawa pemain dan pegawai kita.

"Kita mahu menjaga pasukan kita dan tak mahu mereka teraniaya dari segi ancaman keselamatan dengan insiden-insiden tak diingini seperti malam semalam," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Bagaimanapun beliau berkata, cadangan itu masih di peringkat awal dan banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

"Mungkin kita akan pasang jeriji besi di tingkap bas seperti yang dibuat oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

"Tapi dalam masa yang sama kita juga bimbang beberapa kemungkinan lain seperti, jika berlaku kemalangan sukar untuk mereka keluar selamatkan diri," katanya.


Nazir Ariff berkata demikian bagi mengulas kejadian di mana jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep cedera selepas bas yang membawa skuad negeri itu dibaling batu tidak lama selepas meninggalkan Stadium Darul Aman, malam Sabtu.

Kejadian berlaku selepas Pulau Pinang mengikat keputusan seri 2-2 dengan Kedah selaku tuan rumah dalam saingan Liga Super.

Susulan kejadian itu, Nazir Ariff berkata, FAP akan mengemukakan laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin, selain laporan polis yang telah dibuat sejurus selepas kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penyokong pasukan Pulau Pinang supaya bersikap 'gentleman', bersabar dan tidak melakukan serangan balas terhadap penyokong pasukan Kedah yang akan bertandang ke Pulau Pinang pada perlawanan seterusnya.

Kepada penyokong bola sepak Kedah, beliau menggesa supaya penyokong-penyokongnya lebih berfikiran terbuka.

"Bila jadi macam ni saya rasa tak seronok sikitlah. Kenapa penyokong Kedah tak 'sporting'.

"Bila jadi macam ini, kita takut nanti bila mereka datang tempat kita mereka buat (balas) balik. Jadi saya nasihatkan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.

Mengenai persembahan pasukan Pulau Pinang pada malam Sabtu, Nazir Ariff berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan ketika pasukan itu berdepan dengan Kedah yang dianggapnya sebuah pasukan 'lebih kuat'.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan