Pelantikan Zidane 'Bunuh' Karier James - Bapa

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 7:15 AM

James Rodriguez.

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada pemain muda Real Madrid, James Rodriguez menegaskan pelantikan Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu kelab itu ternyata 'membunuh karier' anaknya di Santiago Bernabeu.

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika dibawah pimpinan Carlo Ancelotti pada 2014/2015, James masih bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim kedua bersama Real Madrid.

Pada Jumaat, Marca menyiarkan statistik yang menunjukkan bagaimana situasi menjadi lebih sukar sejak Zidane menggantikan Rafa Benitez pada Januari lalu.

Akhbar Sepanyol itu menegaskan James beraksi selama 718 minit dalam 14 perlawanan bersamaan dengan 57 peratus semasa Real di bawah kendalian Benitez.

Namun angka tersebut merosot kepada 52 peratus semasa James di bawah Zidane.

"Saya fikir ia normal, itulah bola sepak. Kecederaan memainkan peranan besar dan ia menyukarkan pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka.

"Ancelotti dan Zidane adalah dua pengurus berbeza tetapi pertukaran pengurus ternyata memberi kesan kepadanya," kata Rodriguez.

Bercakap mengenai keupayaan pemain muda itu, Rodriguez berkata, pengorbanan , sikap merendah diri dan disiplin mencorak hala tuju anaknya pada ketika ini.

"Sudah tentu dia masih boleh memperbaiki kelemahannya. James masih belum mempamerkan prestasi terbaiknya. Dia masih lagi muda dan sentiasa mengumpul pengalaman. Dia perlu berusaha keras lagi.

"Saya menasihatkannya supaya bersabar, bijak dan bersedia apabila dia mendapat peluang. Dia perlu menunggu masa itu untuk tiba," kata Rodriguez.

Tags / Kata Kunci: James Rodriguez , Zinedine Zidane

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan