Kuala Lumpur Kekal Pendahulu Liga Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 7:00 AM

Pemain Kuala Lumpur Mario Karlovic (kiri) cuba melepasi kawalan bola dari pemain DRB Hicom FC Mohd Faizal Mansor (kanan) pada saingan bola sepak Liga Perdana 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan setelah menang tipis 2-1 ke atas DRB-Hicom FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam Jumaat.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad 'The Hawks' kendalian Ismail Zakaria terus mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana dengan kutipan 17 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Pada aksi di Selayang, Kuala Lumpur selesa mendahului 2-0 menerusi sepakan penalti Leo Carioca pada minit ke-16 sebelum Casagrande menggandakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-36.

Pasukan pelawat berjaya meraih gol sagu hati menerusi jaringan pemain import dari Croatia, Ivan Babic pada minit ke-67.

Pesaing terdekat Kuala Lumpur, Negeri Sembilan turut meraih tiga mata di laman sendiri setelah menang tipis 4-3 ke atas PKNS FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Empat jaringan pasukan Negeri Sembilan diperolehi menerusi Taylor Francis Regan pada minit ke-10, Sabri Sahar (minit ke-34), Joel Joseph Chianese (minit ke-55) dan Andrew Nabbout pada minit ke-76.

Tiga gol PKNS FC pula dijaringkan oleh S. Thinagaran pada minit ke-68 serta dua gol oleh pemain import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-72 dan minit ke-78.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka United terus mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri setelah menang tipis 3-2 ke atas wakil Pahang, Kuantan FA.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Ilija Spasojevic pada minit kelapan dan 56' serta gol Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-88 manakala dua gol Kuantan FA disumbangkan oleh Dao Bakary pada minit ke-51 dan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-80.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu, dua jaringan penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit keempat dan minit ke-54 membantu skuad Harimau Selatan menang selesa 2-0 ke atas Perlis.

Turut meraih tiga mata di laman sendiri adalah Sabah yang mengalahkan Sime Darby FC 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu hasil jaringan Dedi Kusnandar pada minit ke-75.

Dalam pada itu, UiTM FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 menentang pasukan tercorot liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium UiTM, Shah Alam.

Penyerang import dari Uzbekistan, Pavel Purishkin menjaringkan gol untuk UiTM FC pada minit kelapan dan minit ke-86 manakala dua gol ATM disumbangkan oleh Syafez Mohammad pada minit ke-13 dan Zaironi Yusof pada minit ke-89. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kuala Lumpur , Liga Perdana , UiTM FC

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan