Liga Super: Kedah Seri Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 11:40 PM

Pemain Kedah meraikan jaringan Liridon Krasniqi pada perlawanan Liga Super antara Kedah menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Sabtu. Foto: Bernama.

(Ubah saiz teks)

KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila seri 2-2 dengan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super pada malam Sabtu.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Aman itu, pasukan tuan rumah memulakan permainan dengan lebih bertenaga menerusi rantaian serangan.

Selain kembali mendapat sentuhan pemain utama seperti Baddrol Bakhtiar dan Ariff Farhan, skuad Helang Merah turut menurunkan penyerang mudanya, Muhammad Syafiq Ahmad.

Pulau Pinang yang dipimpin oleh Manzoor Azwira turut tidak sekadar bertahan sebaliknya melakukan serangan balas untuk bangkit daripada kekalahan lalu.

Bagaimanapun Kedah berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila Liridon Krasniqi yang mendapat hantaran lintang dari Muhammad Syafiq mudah menolak masuk bola itu pada minit ke-19.

Tidak perlu menunggu lama, pasukan pelawat kembali menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi Mathias Cordoba.

Jaringan tersebut berjaya membangkitkan semangat kesebelasan pemain Pulau Pinang itu terus memburu gol di hadapan hampir 30,000 penyokong skuad hijau kuning.

Bersambung babak kedua, Kedah terus melakukan asakkan untuk dengan memperbaiki kelemahan sebelumnya bagi mendapatkan jaringan.

Ternyata usaha anak didik Tan Cheng Heo tidak sia-sia apabila Muhammad Syafiq sekali lagi menjadi hero dengan menanduk bola kepada Krasniqi untuk menghasilkan gol kedua.

Bagi memantapkan permainan Kedah, Cheng Hoe mengeluarkan Muhammad Syafiq yang mengalami kecederaan dan memasukkan Farhan Roslan sebelum Bang Seung Hwan kembali sebagai pertahanan tengah.

Pada minit ke-85, Pulau Pinang menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Darwira Sazan yang gagal di selamatkan oleh Farhan Abu Bakar dan rakan sepasukannya.

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah bangkit melakukan serangan, namun kedudukan 2-2 kekal sehingga permainan tamat.

Tags / Kata Kunci: Kedah , seri , liga super

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan