Trend 'Rehatkan' Jurulatih Jejas Perkembangan Bola Sepak Negara

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 9:43 AM

B. Satianathan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trend 'merehatkan' jurulatih terus menghantui saingan Liga Malaysia 2016 apabila pengendali Pulau Pinang, Jacksen Ferreira Tiago menjadi 'mangsa' ketiga yang dipecat, musim ini susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengambil keputusan drastik 'merehatkan' pengendali kelahiran Brazil itu susulan desakan sebahagian besar penyokong skuad Harimau Kumbang yang kecewa selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada Sarawak dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Selasa lepas.

Sebelum ini, jurulatih Terengganu FA Ahmad Yusof dan jurulatih kelab Air Asia FC, Mohd Nizam Jamil turut menerima nasib yang sama susulan prestasi hambar pasukan kendalian masing-masing.

Beberapa bekas jurulatih menjelaskan terma 'direhatkan' tidak sepatutnya digunakan dalam era bola sepak moden kerana ia bukan sahaja melemahkan persiapan sesebuah pasukan ketika perjalanan liga masih panjang tetapi pada masa sama tidak membantu perkembangan bola sepak negara.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B. Sathianathan menjelaskan majoriti pasukan baik di dalam Liga Super mahupun Liga Perdana menetapkan Prestasi Petunjuk Utama (KPI) yang tidak masuk akal dengan jumlah pelaburan yang tidak setimpal sehingga membebankan seseorang jurulatih untuk mencapai sasaran ditetapkan.

"Bagi saya, jurulatih itu juga silap kerana menandatangani terus kontrak dengan pasukan berkenaan tanpa membaca dengan jelas KPI yang diletakkan di atas diri mereka...Kalau mereka tahu tidak mampu capai sasaran itu, kenapa masih tandatangani kontrak itu?

Tiago antara jurulatih yang direhatkan baru-baru ini.

"Saya bagaimanapun ingin memuji pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak yang terus mengekalkan Syamsol Saad walaupun tahu pasukan berkenaan tidak cemerlang dalam saingan Liga Super tetapi mara sehingga ke separuh akhir Piala FA," jelasnya yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Sathianathan yang pernah menerima nasib serupa ketika mengendalikan Angkatan Tentera Malaysia sebelum ini turut mendakwa pernah membangkitkan penggunaan istilah 'direhatkan' kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) namun ia dipandang sepi.

Berkongsi pandangan sama adalah Setiausaha Agung PJBSM, Azlan Johar yang menyifatkan sesebuah pengurusan bola sepak yang matang harus membuat penilaian teliti sebelum mengambil keputusan 'merehatkan' seseorang jurulatih.

Beliau berpandangan pengurusan sesebuah pasukan juga sepatutnya menerangkan dengan jelas mengenai KPI yang diletakkan kepada jurulatih yang bakal mengendalikan pasukan masing-masing.

"Memang betul, seseorang jurulatih itu menerima gaji setiap bulan daripada majikan mereka tapi adakah pihak pengurusan faham dengan perancangan jurulatih berkenaan, apa yang dimahukan daripada pengurusan pasukan mengenai penstrukturan pemain?

"Bagi saya, sekiranya pemain itu sendiri gagal memberikan komitmen kepada pasukan mereka ketika di atas padang, saya rasa jurulatih tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.

"Kalau pengurusan ingin pecat seseorang jurulatih, mereka kena siasat atau sebaiknya beri kata dua kepada jurulatih berkenaan sebelum ambil keputusan 'merehatkan' jurulatih itu," kata Azlan yang pernah menjadi penolong jurulatih T-Team yang kini dikenali sebagai Terengganu FC II.

Untuk rekod, tujuh jurulatih dilaporkan telah dipecat pengurusan, musim lepas susulan prestasi hambar pasukan masing-masing seperti jurulatih Kelantan George Boateng dan jurulatih Sarawak, Robert Alberts (kedua-duanya dari Belanda) serta jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojak Hodak dari Croatia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan