Petrovski Diberi Rawatan Resusitasi Serebrum - Bola Sepak | mStar

Petrovski Diberi Rawatan Resusitasi Serebrum

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 11:45 PM

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika melawat Marco Stefan Petrovski, Rabu lalu. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Penjaga gol Melaka United (MU) Marco Stefan Petrovski, yang dipercayai dipanah petir Selasa lepas, kini menjalani rawatan resusitasi serebrum.

Pengarah kesihatan negeri Datuk Dr Ghazali Othman berkata, Petrovski, 18, masih menerima rawatan intensif di Hospital Melaka.

Dalam kenyataan di sini pada Jumaat, beliau berkata Petrovski juga diperiksa seorang pakar neurologi pelawat sebaik sahaja dimasukkan ke hospital itu.

Resusitasi serebrum adalah pemulihan fungsi neurologi seseorang pesakit hasil pemulihan secara efektif daripada kegagalan kardiopulmonari.

Petrovski dipercayai dipanah petir selepas selesai menjalani latihan dengan pasukannya di Krubong di sini pada kira-kira 5 petang hari berkenaan.

Pemain itu bermain untuk pasukan Sydney Olympic FC di Australia sebelum berpindah ke MU musim ini.
Tags / Kata Kunci: panah petir , Marco Stefan Petrovski
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan