Anak Buah Klopp Seri 1-1 Dengan Borussia Dortmund

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 7:24 AM

Klopp bertemu dengan bekas pemainnya selepas tamat perlawanan.

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp berasa seronok dengan kepulangannya ke Dortmund apabila Liverpool terikat seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada aksi suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Liverpool seolah-olah dilihat akan memenangi perlawanan pertama itu selepas Divock Origi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-36.

Pemain kelahiran Belgium itu diturunkan dalam skuad The Reds menggantikan Daniel Sturridge.

Namun keputusan Klopp menurunkan Origi ternyata berhasil apabila dia berjaya memecah kebuntuan Liverpool pada babak pertama.

Origi nyaris menggandakan jaringan tetapi percubaannya berjaya ditampan penjaga gol Roman Weidenfeller.

Bersambung ke babak kedua, Dortmund menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi tandukan Mats Hummels.

Kedua-dua pasukan kini mempunyai peluang sama rata untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan separuh akhir.

Dortmund diangkat sebagai pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir tetapi Liverpool pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan itu ketika berkunjung ke Anfield pada awal pagi Jumaat depan.

Klopp sudah tentu terpaksa mengatur strategi terbaik dan mencari pengganti Jordan Henderson yang terpaksa digantikan pada babak kedua selepas bergelut dengan kecederaan serius.

"Dortmund merupakan pasukan hebat dan semua orang dapat melihatnya menerusi persembahan mereka tetapi kami juga tidak kurang hebatnya dan sepatutnya memenangi perlawanan itu.

"Saya yakin penonton mungkin fikir kami akan tewas 0-2, 0-3 atau 0-4. Namun sebaliknya berlaku dan gol kami amat menakjubkan.

"Kami tidak begitu jauh untuk mengejar mereka. Kami tidak boleh meniru corak permainan mereka tetapi kami boleh bertahan dan menjaringkan gol, jadi kami boleh menang," kata Klopp.


Tags / Kata Kunci: Liverpool , Borussia Dortmund , Jurgen Klopp

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan