Didakwa Ambil Dadah, Ibrahimovic Mahu Saman Bekas Jurulatih Olahraga Sweden

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 1:53 PM

Zlatan Ibrahimovic.

(Ubah saiz teks)

BINTANG Paris Saint Germain (PSG) Zlatan Ibrahimovic berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas jurulatih olahraga warga Sweden, Ulf Karlsson yang mendakwa beliau mengambil dadah.

Perkara itu didedahkan ejen Ibrahimovic, Mino Raiola kepada akhbar Sweden, Expressen.

Karlsson dilaporkan sebagai berkata berat otot Zlatan bertambah 10 kilogram dalam tempoh enam bulan pertama kariernya di Juventus.

"Saya fikir dia mengambil dadah, itu pada pandangan saya," kata Karlsson.

Ibrahimovic tidak akan memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut tetapi ejen beliau mendedahkan pemain berusia 34 tahun itu akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kami akan memfailkan saman terhadap beliau. Saya bukan pakar tetapi kami ada seorang peguam dari Sweden. Kami tidak akan dedahkan siapa peguam itu. Masanya akan tiba nanti.

"Wujud kemungkinan ada pihak yang dengki. Mungkin (Dr Karlsson) adalah bekas atlet yang gagal. Mungkin dia cemburu.

"Lelaki ini melakukan kesilapan besar. Dia menyebarkan khabar angin tidak benar. Kami mempunyai beberapa kawalan doping. Zlatan menjalani ujian antara 15 dan 20 kali. Dia diperiksa sepanjang masa," kata Raiola.

Beliau berkata tuduhan itu tidak masuk akal kerana Zlatan tidak pernah mengambil aspirin.

Dalam satu temubual bersama nwt.se later pada Khamis, Karlsson mempertahankan dakwaan tersebut dan menjelaskan pendirian beliau terhadap Ibrahimovic.


Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , PSG

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan