Gol Iborra Hidupkan Peluang Sevilla Pertahan Trofi

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 7:35 AM

Pemain Sevilla meraikan kemenangan mereka.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN gantian Vicente Iborra menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki tujuh minit untuk menghidupkan peluang Sevilla mempertahankan trofi Liga Europa selepas menundukkan Athletic Bilbao 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium San Mames, awal pagi Jumaat.

Bilbao terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Aduriz Zubeldia pada minit ke-47.

Namun Sevilla bangkit selepas ketinggalan 0-1 apabila Timothee Kolodziejczak menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Iborra muncul penyelamat Sevilla apabila melengkapkan gol kemenangan pasukan itu di gelanggang lawan pada minit ke-83.

Kedua-dua pasukan itu turut bersaing sengit apabila berkongsi 48 mata pada aksi La Liga.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan Shakhtar Donetsk berjaya menewaskan Sporting Braga 2-1.

Yaroslav Rakitskiy menjaringkan gol pertama Shakhtar sebelum Facundo meletakkan pasukan lawan itu dengan kedudukan selesa 2-0.

Namun Braga berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian Wilson Eduardo pada minit ke-89.

Kelab Sepanyol, Villarreal turut mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Sparta Prague di gelanggang sendiri.

Cedric Bakambu diangkat sebagai wira selepas menjaringkan dua gol untuk pasukan tuan rumah masing-masing pada minit ketiga dan 63.

Prague pula memperoleh gol tunggal menerusi Jakub Brabec pada minit ke-49.

Kesemua pasukan akan berentap pada aksi suku akhir kedua pada awal pagi Jumaat depan untuk mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir.







Tags / Kata Kunci: Sevilla , Liga Europa , Athletic Bilbao

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan