Hodak Bakal Gantikan Devan?

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 4:36 PM

Bojan Hodak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak disebut-sebut bakal kembali mengendali skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dalam masa terdekat sekiranya K.Devan masih gagal memperbaiki prestasi pasukan itu sebelum pintu perpindahan pemain dibuka semula Jun ini.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Hodak adalah antara jurulatih yang dilihat paling sesuai untuk memikul tugas itu berdasarkan pengalamannya yang pernah membawa pasukan itu mencatat kejuaraan treble pada 2012.

"Setakat ini, kita lihat beliau sebagai calon pengganti yang terbaik kerana pernah bersama Kelantan selama dua musim.

"Beliau sudah tahu selok-belok pemain dan juga pasukan. Jadi saya percaya beliau tidak akan mengambil masa lama untuk mewujudkan keserasiaan dengan pasukan," kata sumber itu.

Difahamkan, Kafa sudah mengadakan pertemuan secara santai dengan Hodak untuk melamar bekas pengendali skuad Harimau Selatan itu.

Namun, setakat ini belum ada tawaran rasmi dikeluarkan terhadap Hodak.

Malah, Hodak juga dilihat tiada masalah untuk menerima tawaran Kelantan kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana kelab pada ketika ini.

Difahamkan jawatankuasa Kafa mengadakan mesyuarat pada pagi Jumaat untuk membincangkan mengenai masa depan Devan susulan prestasi tidak menentu Kelantan musim ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, jawatankuasa tersebut bersetuju memberi peluang kepada Devan untuk membuktikan kredibilitinya dalam memulihkan prestasi pasukan pantai timur itu.

"Kita beri peluang dua hingga tiga perlawanan lagi kepada Devan. Jadi beliau perlu buktikan sesuatu jika mahu kekal bersama pasukan ini," katanya.

Ismail berkata, Devan turut membentangkan laporan perlawanan Kelantan termasuk prestasi setiap pemain yang dilihat masih gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah laporan kekalahan 2-4 Kelantan di tangan Terengganu FC II (TFC II). Kita putuskan prestasi jurulatih, semua pemain tempatan dan juga pemain import akan dinilai dari semasa ke semasa," katanya.

Sebelum ini, penyokong PQPTRW mendesak Kafa untuk memecat Devan selepas jurulatih berusia 54 tahun itu dilihat gagal menjadikan Kelantan sebuah pasukan yang disegani.

Kelantan kini menduduki tangga keenam dengan mengumpul lapan mata selepas hanya memenangi dua daripada enam aksi Liga Super setakat ini.

Anak buah Devan akan melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, malam Jumaat dalam aksi yang dianggap akan menentukan nasib bekas pengendali Selangor dan Negeri Sembilan itu.

















Tags / Kata Kunci: Bojan Hodak , Kelantan , Kafa , K.Devan

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan