Barcelona Intai Pemain Muda Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA dilapor berminat untuk mendapatkan pemain muda Liverpool, Cameron Brannagan, menurut laporan di Catalunya.

Berikutan itu, kelab gergasi berkenaan telah meninjau aksi pemain tersebut dalam beberapa perlawanan.

Barcelona juga menyifatkan Brannagan sebagai pemain tengah berkualiti dan bintang bernilai pada masa depan.

Pemain itu yang kini beraksi untuk skuad Bawah 21 Tahun Liverpool mula diturunkan sejak September lalu sebelum mempamerkan kematangan.

Bagaimanapun Liverpool dilapor mahu menggunakan khidmat Brannagan selepas mereka menandatanganinya secara profesional pada 2013.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan