JDT Kembali Ke Puncak Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 7:43 AM

Pemain JDT, Pereyra Diaz (kiri) merembat bola sambil dihalang pemain Perak, Thigo Junio De Aquino pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam Selasa. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui kedudukan teratas selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Selasa malam.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 16 mata selepas mengharungi enam perlawanan. 

Pada aksi di Larkin, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan pemain import pelawat, Elias Fernandes Oliviera pada minit ke-17 sebelum penyerang dari Argentina, Juan Martin Lucero menjaringkan dua gol untuk JDT iaitu menerusi sepakan penalti minit ke-47 dan gol padang, selang lima minit kemudian.

Selangor pula kekal di tangga ketiga liga selepas seri 2-2 dengan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini.

Dua gol skuad Gergasi Merah dijaringkan R.Gopinathan pada minit ke-30 dan Patrick Ronaldinho Wleh, selang seminit kemudian manakala gol Kedah dihasilkan Mohd Syazwan Zainon pada minit ketujuh dan Sandro da Silva pada minit ke-67. 

Terengganu FC II kembali meraih kemenangan selepas mengalahkan Kelantan 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol skuad 'The Titans' dijaringkan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-19 dan 71, Patrick Dos Santos Cruz (m38) dan Makan Konate (m47) manakala dua gol Kelantan diperoleh menerusi gol sendiri Mohd Kamal Azizi Mohd Zabri (m27) dan Baze Ilijoski (m39). 

Dalam pada itu, jaringan J.Partiban pada masa kecederaan babak kedua menyaksikan Sarawak meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan Matias Cordoba meletakkan skuad Harimau Kumbang di hadapan pada minit ke-26 sebelum Gilmar Jose da Silva menyamakan kedudukan untuk Sarawak pada minit ke-58. 

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang FC yang dilatih bekas jurulatih skuad Harimau Muda, Mohd Razip Ismail terus dirundung malang selepas tewas 0-2 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua jaringan skuad Sang Saka Biru dijaringkan pemain antarabangsa Singapura, Mohd Safuwan Baharudin pada minit ke-38 dan sepakan penalti Ali Ashfaq pada minit ke-75. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan