Finalis APO2016: Jangan Lupa Undi Kedah - Cheng Hoe

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengajak semua penyokong meluangkan masa untuk mengundi sebanyak mungkin agar mendapat jumlah tertinggi bagi pencalonan kategori Pasukan Pilihan Online dalam Anugerah Pilihan Online (APO) 2016.

Pasukan lain yang turut diumumkan menduduki lima teratas bagi kategori sama adalah JDT, Kelantan, Pasukan Memanah Wanita Kebangsaan dan skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Proses pengundian fasa kedua bermula 1 April hingga 27 April ini dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi tiga platform iaitu akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web apo.mstar.com.my.

Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Acara ini bertemakan Glam Digital yang bakal menyaksikan pentas dan laluan karpet berwarna ungu (purple carpet) sebagai simbolik kepada kemeriahan tema yang dibawa.

Pemenang bagi setiap kategori bakal menerima trofi, hadiah dari penaja utama Dnars, seutas rantai mutiara sumbangan Rafflesia, jam tangan jenama Ice Watch dan penginapan serta makan malam sumbangan Hotel Dorsett Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , APO2016

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan