Malaysia Tuan Rumah Aksi Sulung Piala Negara-Negara 2016

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 7:13 PM

Hamidin Mohd Amin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan agensi sukan terkemuka, MP & Silva hari ini mengumumkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak peringkat umur antarabangsa yang baharu, Piala Negara-Negara 2016 dari 3 hingga 5 Jun di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kejohanan edisi sulung melibatkan empat pasukan Bawah 21 Tahun itu bakal disertai Thailand, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

Menurut MP & Silva dalam kenyataan pada Selasa, Piala Negara-Negara itu yang bermatlamat untuk diadakan setiap tahun bakal menyediakan perlawanan berkualiti tinggi kepada skuad kebangsaan di Asia.

Kenyataan itu menyebut penganjuran kejohanan itu juga bertujuan untuk meningkatkan mutu bola sepak di rantau ini, di samping melengkapkan kalendar bola sepak antarabangsa menjelang Sukan SEA 2017.

Dua pasukan teratas daripada perlawanan pusingan awal, mara ke perlawanan akhir.

Pengarah Urusan MP & Silva Beatrice Lee berkata, Piala Negara-Negara itubukan sahaja kejohanan bola sepak di peringkat rantau ini.

"Kami berpandangan, ini sebagai pelaburan jangka panjang MP & Silva dirantau ini bagi memupuk semangat bola sepak kompetitif bermula daripada usia muda," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Piala Negara-Negara akan memberi cabaran getir kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

"Pemain-pemain akan berdepan lawan yang hebat terutama Thailand, Vietnam danSingapura, sebagai persiapan pasukan menghadapi Sukan SEA. Kejohanan ini sebagaipermulaan kepada perancangan kami untuk pasukan kebangsaan," kata Hamidin.

Nada yang sama turut disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand Jeneral Polis Somyot Poompanmoung bahawa kejohanan berkenaan menyediakan peluang kepada skuad pembangunan belia untuk bersaing seterusnya ke peringkat elit.

"Pasukan teknikal kami mengalu-alukan pendedahan tambahan di peringkat antarabangsa bagi pasukan bawah 21 tahun dan berharap sebagai pasukan tetap pada kejohanan itu pada masa akan datang," katanya. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan