Kuala Lumpur Kekal Terajui Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 8:47 AM

Pemain Kuala Lumpur, Konte Modibo (tengah) diasak pemain Kuantan FA, Srdjan Vidakovic dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, dekat sini, Isnin malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur bangkit pada separuh masa kedua untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas wakil Pahang, Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Isnin malam.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'The Hawks' kendalian Ismail Zakaria mengumpul 14 mata selepas beraksi dalam enam perlawanan.

Pada aksi di Kuantan, pasukan tuan rumah berada di hadapan menerusi jaringan Dao Bakary pada minit ke-21, sebelum Kuala Lumpur meledak dua gol pada babak kedua menerusi Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-64 dan Zhafri Yahya pada minit ke-86.

Negeri Sembilan pula mengekalkan kedudukan kedua liga selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas pasukan bawahan liga, Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain import dari Australia, Taylor Regan menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan 22, sebelum rakan senegaranya, Joel Chianese menambah dua lagi gol pada minit ke-35 dan 78.

Dalam pada itu, Sabah merekodkan kemenangan sulung selepas enam perlawanan menerusi kemenangan bergaya 3-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang. 

Tiga gol pasukan pelawat dijaringkan Marco Tulio pada minit ke-35, Leopold Alfonso (minit ke-57) dan Dedi Kusnandar pada minit ke-78, manakala gol tunggal ATM dijaringkan Venice Elphi menerusi sepakan penalti pada minit ke-45.

Sementara itu, PKNS FC gagal mempertahankan kelebihan tiga gol selepas terikat 3-3 menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Skuad Semut Merah selesa mendahului 3-0 menerusi jaringan Matias Nicolas Jadue pada minit ketujuh dan 27, selain gol sendiri pemain JDT II, Dominic Tan pada minit ke-48.

Pasukan pelawat, bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya melakar tiga gol dalam tempoh tiga minit menerusi Shafiq Shahrudin pada minit ke-69 dan 71, serta menerusi kapten pasukan, Shahril Ishak, selang seminit kemudian.

DRB-Hicom FC pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat 2-2 menentang Perlis di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak.

Dua gol skuad 'The Great Bees' dijaringkan Muhammad Fakhrul Aiman pada minit ke-18 dan Ivan Babic pada minit ke-44, manakala dua gol pasukan pelawat menerusi

Kayne Vincent pada minit kesembilan dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-24. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan