Liga Super: Kedah Ikat Selangor Seri 2-2

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 11:30 PM

Pemain Kedah Carlos Eduardo (tengah) diasak dua pemain Selangor pada saingan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Selasa malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KEDAH berjaya memastikan satu mata menjadi milik pasukan itu selepas mengikat Selangor 2-2  dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Selasa malam.

Dalam pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan itu selepas final Piala Malaysia musim lalu itu, Kedah bermula garang dengan membariskan pemain mudanya.

Pasukan tuan rumah, Selangor hampir dikejutkan dengan jaringan pertama Kedah namun cubaan Sandro Da Silva berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor Norazlan Razali. 

Tidak perlu menunggu lama, Kedah berjaya mendapatkan jaringan awal menerusi Syazwan Zainon pada minit ke 7 selepas mendapat hantaran dari Rizal Ghazali untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Berbekal gol tersebut Kedah terus memburu jaringan manakala Selangor hanya mampu bertahan apabila posisi bola berpihak kepada pasukan pelawat.

Namun, itu tidak menjadi alasan kepada Juara Piala malaysia musim lalu itu untuk bangkit mendapatkan gol.

Serangan balas pantas yang diatur anak didik Zainal Abidin Hassan berjaya menghasilkan dua gol untuk meletakkan pasukan itu di depan.

Jaringan penyamaan Selangor dijaringkan oleh R. Gopinathan selepas dia berjaya melepasi pertahanan Kedah, Azmeer Yusof sebelum menewaskan Farhan Abu Bakar.

Dua minit berselang, Selangor kembali mengatasi Kedah dan kali ini hasil jaringan Patrick Ronaldinho.

Kedah yang dikejutkan dengan dua jaringan tersebut turut kehilangan pertahanan penting, Bang Seung Hwan yang mengalami kecederaan.

Kedudukan 2-1  yang berpihak kepada tuan rumah kekal sehingga babak pertama ditamatkan oleh pengadil perlawanan, Muhd Nazmi Nasaruddin.

Kedah yang ingin bangkit pada separuh masa kedua berjaya mendominasi bahagian tengah menerusi pemain importnya, Liridon Krasniqi selain dibantu oleh pemain muda skuad Helang Merah, Amirul Hisyam.

Hasilnya, kesilapan pertahanan Selangor, Raimi Mohd Nor menjatuhkan Calos Eduardo memberi kelebihan kepada Kedah yang dihadiahkan dengan sepakan penalti. 

Pemain import Brazil, Sandro Da Silva memastikan Kedah mendapatkan jaringan penyamaan apabila berjaya menewaskan Norazlan ketika menyempurnakan sepakan penalti itu.

Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan walaupun kedua-dua pasukan saling mengatur serangan sehingga ke akhir permainan.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Selangor , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan